bermula kisah tentang si dia,jejaka kacak dan bergaya,sopan santun budi bahasanya,ramai yang tergoda melihat paras rupa,tak ada yang mengata,si dia cukup sempurna,terpesona ku mendengar keindahan tutur kata,tanpa ragu ku ungkapkan segala kata,segala yang tersemat di dada,siapakah si dia jejaka yang membuat ku terpana ? setiap kali berbicara membuat ramai tertawa,itulah dia Zizan Razak namanya,ingin ku sentiasa bersama dengannya,menempuh segala suka dan duka bersama ♥ I ALWAYS SUPPORT YOU !

Wednesday 17 April 2013

Happy Birthday To You ~

Credits From Gua.com.my

Tidak dinafikan, bakat yang dimiliki jejaka kelahiran Terengganu ini cukup besar. Sebut sahaja nama Zizan Razak, daripada anak kecil berusia seawal tiga tahun sehinggalah kepada warga emas, mereka pasti mengenalinya.
Populariti yang dibina sejak menyertai program Raja Lawak beberapa tahun lalu dikecapinya menerusi kerja keras dengan niat menghiburkan semua peminat yang menontonnya. Justeru tidak hairanlah Zizan disayangi peminat bukan sahaja disebabkan sikap ramahnya tetapi komitmen yang ditunjukkannya sepanjang terbabit dengan dunia seni tanahair.
Bertempat di Restoran Felda D’Saji semalam, Zizan diraikan secara besar-besaran oleh kelab peminatnya yang menggelarkan diri mereka ‘Zizan Twitter Family’. Mereka yang terdiri dari peminat Zizan seluruh Malaysia menganjurkan majlis ini bersempena ulang tahun kelahiran Zizan yang ke 29, di samping menyatakan rasa syukur atas kemenangan besar Zizan Razak di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH 2012) baru-baru ini.


Zizan yang hadir bersama keluarga tercinta di majlis berkenaan cukup terharu dengan sambutan yang diberikan. Menurut Zizan lagi, selain lima anugerah yang dirangkulnya dalam ABPBH 2012 baru-baru ini, kehadiran dan sokongan peminat membuatkan sambutan ulang tahun kelahirannya kali ini lebih bermakna.
“Saya bersyukur kerana punyai keluarga yang besar termasuklah syarikat saya dan yang paling penting peminat yang selama ini menyokong kerjaya saya. Alhamdulillah, dari sehari ke sehari makin bertambah ahli ‘Zizan Twitter Family’. Saya tak sangka akan disambut sebegini hebat. Saya boleh kata inilah sambutan hari jadi saya yang paling meriah sepanjang hidup saya,” kongsi Zizan.


Menyentuh mengenai kerjaya, Zizan bersyukur atas nikmat yang diterimanya. Berhasrat untuk turut mengadakan majlis kesyukuran buat peminatnya, Zizan menunggu masa yang sesuai untuk melaksanakan hajatnya itu.
“Karier saya juga makin lama makin meningkat dan makin nampak. Tahun ini, saya berhasrat untuk kembangkan lagi syarikat saya. Sebelum ini saya terima banyak tawaran baik lakonan mahupun aktiviti seni yang lain. Jadi bila semua itu datang berlapis-lapis, saya tak dapat nak fokus  100 peratus.Saya nak semua penonton puas hati bila tengok saya.
“InsyaAllah, selepas ini saya akan lebih bersifat selektif. Saya memilih bukan kerana duit tetapi atas dasar kualiti. Bila kerja kita bagus, bukan sahaja kita yang dapat impaknya tetapi peminat juga turut terhibur,”jelas bintang 'Hantu Kapcai' ini.
Majlis hari jadi ini turut diserikan dengan kehadiran selebriti di bawah naungan Wirefame Entertainment seperti Emma Maembong dan adiknya, Chacha Maembong, Johan As’ari serta Kaka Azraff. Tetamu turut berpeluang menyaksikan sedutan filem terbitan Tayangan Unggul, 'Bikers Kental' lakonan Zizan bersama Zul Ariffin yang akan ditayangkan 23 Mei ini.
Pengacara bersama Melodi, Awal Ashaari turut membuat kejutan istimewa. Majlis turut dihiburkan dengan nyanyian Cat Farish bersama Tiga Swagger serta duet Kaka bersama Ben Idola Kecil menerusi lagu popular Zizan, 'Bawaku Pergi'.


No comments:

Post a Comment