bermula kisah tentang si dia,jejaka kacak dan bergaya,sopan santun budi bahasanya,ramai yang tergoda melihat paras rupa,tak ada yang mengata,si dia cukup sempurna,terpesona ku mendengar keindahan tutur kata,tanpa ragu ku ungkapkan segala kata,segala yang tersemat di dada,siapakah si dia jejaka yang membuat ku terpana ? setiap kali berbicara membuat ramai tertawa,itulah dia Zizan Razak namanya,ingin ku sentiasa bersama dengannya,menempuh segala suka dan duka bersama ♥ I ALWAYS SUPPORT YOU !

Sunday 26 May 2013

Keep Calm

 
That's Really True Always !!


Baju M7

Assalamualaikum. Saya sebenarnya dah ada satu baju M7 tapi lain design. So, saya nak beli yang nie sebab die macam selesa kalau dipakai. Baru ROCKK! hahaa

Happy Holiday Ualls !!

Hai. I want to wish happy holiday to bloggers in Malaysia!. And, my friends, fan of ZTF n semuaaalaaahhh ... hahaa .. Cuti2 cenggini ni korang pegi mane? saya dudok rumah je n mengadap blog 24 hours ! citer la sikit ~

comment first ~ xD

A Bracelet, Keychain & Badge

Anyeong!. Ni bukan saya buat tapi saya tempah kat sekolah. Kebetulan, kat sekolah ader buat nama. So, saya p0n tempah la ngan tauke kedai tu. Diorang suami isteri. Ramai jugak yang beli. Cantik tak? I mean, Saya edit lagi cantik kan? haha #justkidding

Saturday 25 May 2013


 
Perli Zizan punye pasal, ni lah jadinya ...

Berkaitan Pisang

Saya Pisang .. .. .. Johan
      Saya Jantungnya .. .. .. Zizan

Sweet due Partner niee kannn ?



Parody Gentleman

Mama & Papa memang suweettt .... ehehehehhhh ....

Friday 24 May 2013

Infiniti Cinta By Zizan & Kaka Azraff

Anyeong !. Sekarang, Zizan n Kaka buat single selepas Bawaku Pergi iaitu Infiniti Cinta. Kita tunggu je kalo lagu ni dah keluar oke !
Produce by : Astro and WireFame Entertainment
Lyric by : Zizan Razak and Aris

Zizan Jadi Hos Akademi Fantasia 10 ?

Assalamualaikum.FYI, bro kite yg hansem ni akan jadi hos untuk rancangan realiti iaitu AF10. Heran la. Tahun lepas *x silap saya* AF9 adlah yang terakhir. Rupanya, AF ni belum berakhir lagi. It's okay, Astro. haha. N mayb Zizan pulak akan jadi pengacara dlm rancangan realiti tu. Saya tahu pun dari facebook. Dah rezeki Zizan nak wat macam mane kan. Tapi, lebih afdal kalau tambah lagi sorang. Sape lagi kalo si poyo Johan tuu. Hheheheeehh
  

Edited By Azlin

Assalamualaikum. Say suka sangat tengok gambar ni.Gambar ni bukan sy edit but, my friend from ZTF iaitu Azlin. Very nice. Enjoy it!

Wednesday 22 May 2013

Video For ZTF !

Holla !
Video ni bukan saya buat. Tapi ni friend from ZTF iaitu Nana Dyanna... Layannnnn ~~

Jom Trendingkan #BikersKental

Credits: Kak Long ZTF

#BikersKental trending! Jom trendkan lg sempena opening day esok 23/5! @tayanganunggul @irafazir @afdalshahizad @zizanrazak869

Zizan Lebih Berhati-hati Bercakap Soal Wanita

Credits: mStar Online

SUBANG JAYA: Pelawak Zizan Razak, mengakui akan lebih berhati-hati apabila bercakap soal jodoh dan wanita misteri dalam hidupnya.
Zizan, 29, berkata dia tidak mahu ada yang tersinggung atau tersilap tafsir dengan kata-kata atau kenyataan yang dikeluarkan.
"Saya tidak mahu cakap tentang wanita misteri itu sebab saya pun tidak mengenalinya dan hanya memandang daripada jauh sahaja.
"Bila saya beritahu lebih-lebih nanti orang cakap saya perbodohkan wartawan pula, lebih baik diam dan bila sampai jodoh, saya akan beritahu," katanya ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Mammee Chef, di sini, Selasa.





Zizan berkata demikian bagi mengulas kontroversi baru-baru ini yang menganggap dia cuba mempermainkan soalan wartawan berkaitan teman wanitanya.
Sementara itu, Zizan berkata, biarpun sering dikaitkan dengan wanita berdarah kacukan, dia lebih memilih keikhlasan hati berbanding rupa paras.
"Memang tidak dinafikan lelaki sering tertarik kepada wanita cantik namun pada saya ialah hati yang ikhlas," ujarnya.
Ditanya tentang hubungannya dengan pelakon baru Emma Maembong, Zizan berkata mereka hanya berkawan sejak dua tahun lalu.
"Saya tidak tahu macam mana orang kaitkan saya dengan Emma mungkin sebab dia kacukan.
"Kami kawan sejak dua tahun lalu dan dia kini merupakan artis dibawah pengurusan saya," katanya.

Friday 17 May 2013

X Ajak... Blahh Arrrrrrrr ! hahaaa


 
Zizan asyik majok jer x habesh2. Coz jeles ngan Johan. Hahahahaaa. Merajuk tande sayang. Ni barulah namenyer SAHABAT SEJATI. Aq nk sgt jadi kawan yang syg giler kat aku. SAYANGILAH RAKAN ANDA. JOZAN TERBAEKKK

Zizan Duta Kit Kat

Credits: mymetro

Ditemui pada sesi temu bual bersama Zizan di ibu pejabat Nestle, baru-baru ini, dia mengakui gembira dapat menggalas tanggungjawab sebagai duta baru Kit Kat selepas Datuk M Nasir.

“Alhamdulillah ini adalah produk ketiga saya menjadi duta selepas MDrive dan Mamee Mee Tarik. Pastinya satu kerjasama yang menggembirakan kedua-dua pihak kerana saya rasa ‘trademark’ coklat ini sesuai dengan jiwa saya yang sentiasa ceria dan gila-gila.

“Saya juga gembira mendengar aktiviti yang mereka rancang semuanya menarik dan sesuai mengikut peredaran masa kini di mana pelbagai peraduan dan pertandingan boleh disertai melalui laman Facebook dan Twitter.

“Antara yang sedang dan bakal dijalankan ialah ‘Hunt for Zizan’ dan ‘Create Your Wall Post’,” katanya.

Menyedari kesibukan diri yang semakin dihujani pelbagai tawaran berlakon filem, jejaka bernama penuh Razizan Abd Razak, 29, ini berkata, tiada apa yang mustahil untuk dilakukan selagi segala-galanya berjalan lancar dan sempurna.

“Saya sedar bukan mudah menggalas tanggungjawab sebagai duta ini, apatah lagi saya turut menjadi duta untuk dua lagi produk yang pastinya komitmen tinggi sangat diperlukan.

“Saya bersyukur semuanya teratur dan segala promosi bersama produk yang dijayakan sudah diatur lebih awal, justeru, ia sedikitpun tidak mengganggu gugat kerjaya lakonan dan pengacaraan saya.

“Malah saya sangat gembira apabila syarikat produk yang saya jayakan sudi memberi kerjasama dengan menaja program yang membabitkan saya seperti Kit Kat yang menjadi penaja utama program Raja Lawak musim ke-7,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Pemasaran Nestle, May Tan berkata, pihaknya tertarik memilih Zizan sebagai duta selepas melihat populariti yang dikecapi pelakon yang lahir daripada program Raja Lawak musim pertama itu.

“Populariti serta gaya yang comel dan lucu menjadi antara sebab kami memilih dia menjadi duta Kit Kat. Kami yakin dengan sikap kelakar Zizan mampu menonjolkan Kit Kat sebagai coklat pilihan rakyat Malaysia walaupun di mana saja,” jelasnya.

Komitmen terhadap duta produk tidak menjadi alasan untuk Zizan terus aktif menerima tawaran berlakon, malah tahun ini boleh dilihat Zizan banyak menerima tawaran.

“Empat filem saya bakal menemui peminat tahun ini iaitu Bikers Kental, Tokan, KL Zombie dan KL Gangster 2.

Saya sangat berharap semua filem ini akan mendapat perhatian ramai,” katanya.

Selain sibuk berlakon filem, Zizan turut berkesempatan merakamkan single keduanya bersama Kaka Azraff yang masih mengekalkan konsep hip hop R&B.

Zizan juga baru selesai menjalani penggambaran filem Usop Wilcha Dalam Werewolf Dari Bangladesh arahan Mamat Khalid serta turut sibuk mengikuti jelajah promosi filem Bikers Kental yang bakal menemui penonton pada 23 Mei ini di seluruh pawagam tanah air.

Thursday 16 May 2013

Gambar Abang2 Hansem !



   Assalamualaikum. Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar mase hari guru tadi. Pelakon2 sumer memang terbaik giler mase berlakon atas stage. Sume orang suker. Kesian ngan Cikgu Addin a.k.a cikgu hansem sebab time tu sebenarnye die demam ko kalo x silap dengar. Tapi untuk anak2 buahnyer, sanggup datang walaupun lambat sket. I'm solute Cikgu addin !
    Ader yang perform menari, menyanyi, DLL. Penat giler bile nk amik gambar. Mane x nyer kalo berjam jam aku x duduk2 p0ng walau sesaat punn. Xpi x per. kita Enjoy !. Dh banyak dah aku dapat gmbar abang2 hansem yang aku tangkap tadi. Nanty aku post kat sini k. I'm Promise!.
    Bukannyer x dpat duduk, haus giler! hahahaa. Mase nak beli air bandung kat kantin tadi, dh dekat habis dh nak minum. Macam x permah minum air setahun dua taon camtu la. hahahaa.
    Banyak game2 yang main tadi untuk guru ngan pelajar. Aku Mlas nk masok but aku hanya seorang jurugambar jer!
    K la tu jer. Assalamualaikum. Kamsahamnida !

Wednesday 15 May 2013

Happy Teacher's Day !

    Assalamualaikum.. Es0k dh hari guru. Kena datang awal pulak kol 7 pagi sebab aku kena wat perfom kat stage. Aku jadi krew n jadi budak baru masok sekolah. Senang je keje aq. Die Ade banyak babak tau. Babak 1 until 6. Seronok jugak la practise ngan diorang apetah lagi practise ngan cikgu paling hensem kat skola katekann. Haha.
    Ok! Straight to the point, Ni hadiah untuk Uztazah Habsah. Korang tau2 je la ape sebab aq bagi bende ni kat Uztazah.. Korang paham2 la ye. Hehehhee..
    Okeyy! Saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU untuk guru2 di seluruh malaysia especially for my beloved teacher, Uztazah Habsah, Cikgu Noorul Hidayah, Cikgu Ida Royanie, Cikgu Faznin, Cikgu Noraini (my beloved mentor) and my beloved sir, Cikgu Addin (cikgu hansem yg aq ckp xdi), Uztaz Zul, Cikgu Hazudi, Cikgu Azmi a.k.a slurrpp. HAPPY TEACHER'S DAY UALLS !

Sunday 12 May 2013

Selamat Hari Ibu !

Happy Mother's Day to Ibu MakAih from all #ZTF..terima ksih sbb selalu melayan kerenah kami..moga Ibu sentiasa dirahmatiNya & murah rezeki..serta mendapat menantu yg terbaik hahahaha http://www.keek.com/ZTF_Official#Obdbcab

Happy Mother's Day

Assalamaualaikum....SeLamaT HarI Ibu...terime kaseh....mmber kami 3 bradik....Ely Hamiza.....Indera Bayu and Ely Liyana.....segala2 nye....brsbar ngan kerenah kami 3 bradk...kami 3 bradk sntiase mnd0a kn kesihatan Mak sihat hingga kew akhir hayat.... — with Umi Kalsum Salleh.
 
*pic Lme

Keychain

Cantik X ? Kebetolan Kt Dpan Khemah Ader Org Wat Nme, Pastu Sy Order La..
Malu Jugakk Nk Ckp Ngan Kakak Tuh Tlis Nme Zizan.. Pastu Tulis La Kat Kertass. Ader Org Ternmpak Kertas Uh .. Zizan ? Ely La Tuhh... Ha ! Kan Btol Ckp Aq... Hahaa

Skunk 1 Classmate Dh Tau Sy Nie Fanatik Zizann ... Haahaaa
Merahh Muke I ~

Saturday 11 May 2013

Johan Pujuk

mcm bdk2 !! mrajuk pn kne pujuk k !! hhahaahaa

Zizan Majukk

Selalu nyer Johan jer yg comment kat gambar2 Zizan di Instagram. Kali ni Zizan plak comment kat gambar Johan. Tapi Zizan merajuk lah. Hehe! Comel jer dier. Johan kene pujuk ni. Hahahaha!! xD

Friday 10 May 2013

Tumpang Gembira ~

Sukenyer die snap ngan zizan. Suke sgtt. I think aq lagi Tinggi kalo nk bandingkan ngan arien nie. Hahaa. Aq Ngan Zizan p0n, Aq lagi skett jer nk sme ngan zizan sebeno nyer. X dpt nk lepak ngan arien. Ok la. Pic nie mmg ohsemmm

Monday 6 May 2013

Kreatif ~

Assalamualaikum. Cantik X ? ni bukan saya buat tau. Ni kwan dari ZTF wat. Nme Die Ann Wawa. Cantik Giler la die wat sbb mser tu die tgh boring. Gambar nie die post kat fb. mmg terkejut x terkentut la tgk kekreatifan die ni.. OHSEMMM

Sunday 5 May 2013

Tak Sabo Nak Pegi

yeayy! Aq dpt tiket utk pergi tgk BIKERS KENTAL 9/5 nanty dkat The Curve, Cathay Cineplexes, 9/5, 8.30pm. Ishh Dh x sabo dh nak pegi nanty. heeheheehee... Kte nk lepak ngan Arien Afrina ngan hazlynda laa. hheheheeh

Thursday 2 May 2013

Trailer BIKERS KENTAL

Jom Tgk trailer dierr. tgk trailer die p0n dh best kaann ??

BIKERS KENTAL 23/5

Credits : fb ZTF
1. Ingin menonton Bikers Kental bersama Zizan? Follow twitter kami https://twitter.com/ZTF_Official dan sertai pertandingan pd 9 malam nnt!

2. Atas permintaan Zizan sendiri, jom tukar twitcon dan gunakan gambar di atas!