bermula kisah tentang si dia,jejaka kacak dan bergaya,sopan santun budi bahasanya,ramai yang tergoda melihat paras rupa,tak ada yang mengata,si dia cukup sempurna,terpesona ku mendengar keindahan tutur kata,tanpa ragu ku ungkapkan segala kata,segala yang tersemat di dada,siapakah si dia jejaka yang membuat ku terpana ? setiap kali berbicara membuat ramai tertawa,itulah dia Zizan Razak namanya,ingin ku sentiasa bersama dengannya,menempuh segala suka dan duka bersama ♥ I ALWAYS SUPPORT YOU !

Friday 17 May 2013

Zizan Duta Kit Kat

Credits: mymetro

Ditemui pada sesi temu bual bersama Zizan di ibu pejabat Nestle, baru-baru ini, dia mengakui gembira dapat menggalas tanggungjawab sebagai duta baru Kit Kat selepas Datuk M Nasir.

“Alhamdulillah ini adalah produk ketiga saya menjadi duta selepas MDrive dan Mamee Mee Tarik. Pastinya satu kerjasama yang menggembirakan kedua-dua pihak kerana saya rasa ‘trademark’ coklat ini sesuai dengan jiwa saya yang sentiasa ceria dan gila-gila.

“Saya juga gembira mendengar aktiviti yang mereka rancang semuanya menarik dan sesuai mengikut peredaran masa kini di mana pelbagai peraduan dan pertandingan boleh disertai melalui laman Facebook dan Twitter.

“Antara yang sedang dan bakal dijalankan ialah ‘Hunt for Zizan’ dan ‘Create Your Wall Post’,” katanya.

Menyedari kesibukan diri yang semakin dihujani pelbagai tawaran berlakon filem, jejaka bernama penuh Razizan Abd Razak, 29, ini berkata, tiada apa yang mustahil untuk dilakukan selagi segala-galanya berjalan lancar dan sempurna.

“Saya sedar bukan mudah menggalas tanggungjawab sebagai duta ini, apatah lagi saya turut menjadi duta untuk dua lagi produk yang pastinya komitmen tinggi sangat diperlukan.

“Saya bersyukur semuanya teratur dan segala promosi bersama produk yang dijayakan sudah diatur lebih awal, justeru, ia sedikitpun tidak mengganggu gugat kerjaya lakonan dan pengacaraan saya.

“Malah saya sangat gembira apabila syarikat produk yang saya jayakan sudi memberi kerjasama dengan menaja program yang membabitkan saya seperti Kit Kat yang menjadi penaja utama program Raja Lawak musim ke-7,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Pemasaran Nestle, May Tan berkata, pihaknya tertarik memilih Zizan sebagai duta selepas melihat populariti yang dikecapi pelakon yang lahir daripada program Raja Lawak musim pertama itu.

“Populariti serta gaya yang comel dan lucu menjadi antara sebab kami memilih dia menjadi duta Kit Kat. Kami yakin dengan sikap kelakar Zizan mampu menonjolkan Kit Kat sebagai coklat pilihan rakyat Malaysia walaupun di mana saja,” jelasnya.

Komitmen terhadap duta produk tidak menjadi alasan untuk Zizan terus aktif menerima tawaran berlakon, malah tahun ini boleh dilihat Zizan banyak menerima tawaran.

“Empat filem saya bakal menemui peminat tahun ini iaitu Bikers Kental, Tokan, KL Zombie dan KL Gangster 2.

Saya sangat berharap semua filem ini akan mendapat perhatian ramai,” katanya.

Selain sibuk berlakon filem, Zizan turut berkesempatan merakamkan single keduanya bersama Kaka Azraff yang masih mengekalkan konsep hip hop R&B.

Zizan juga baru selesai menjalani penggambaran filem Usop Wilcha Dalam Werewolf Dari Bangladesh arahan Mamat Khalid serta turut sibuk mengikuti jelajah promosi filem Bikers Kental yang bakal menemui penonton pada 23 Mei ini di seluruh pawagam tanah air.

No comments:

Post a Comment